Kemana menghilangnya MH370
Salam sejahtera,,
SOseh,,soseh,,bukan sosej makanan orang Jepun makan
Tetapi saat dan ketika ini isu MH370 telah jadi sejarah dunia kini
Masuk hari ke-15 kemana menghilangnya MH370 isu besar sakan
Pelbagai teori,siasatan,pendapat,alasan,hinaan,tuduhan jadi isu kini
Kemana menghilangnya MH370 kini masih dalam siasatan pihak berkuasa
Siasatan paling besar di lautan luas dalam penuh ombak lesu hingga gelora
Dari Laut China Selatan ke lautan Hindi hingga Australia penuh perkasa
Bukan senang bukan mudah malah tambah hebat tercabar oleh ombak lara
Ramai Insan luar sana sini termasuk saya hanya mampu tunggu,lihat/dengar
Diiring doa selamat selalu semoga pesawat dan mangsa-mangsa dapat di cari
Siasatan dalam pencarian masih di teruskan walau temui cabaran sukar
Hingga saat ini kedengaran keluarga mangsa di China makin resah tidak terperi
Resah dan pilu atas kehilangan orang tersayang terkadang bawa sakit
Terkadang bawa rahmat sebuah keinsafan dunia milik Allah bukan kekal
Terkadang buat manusia tambah rosak iman akibat lalai sendiri terkait
Bila suka hati buat pelbagai tuduhan ,kurang atau tidak masuk akal
Ke mana menghilangnya MH370 kini masuk sejarah dunia semasa
Bila jalan-jalan di dunia siber,,temui pelbagai teori MH370 itu
Sehingga maruah saya turut di umpat hina entah apa kejadah di rasa
Tidak hairan kalau pemimpin dan pilot juga di humban tuduhan lesu tentu
Terus ke mana menghilangnya MH370 terus jadi misteri pilu buat keluarga
Macam drama/filem mencari sebuah pesawat hilang serta krew dan penumpang-penumpang
Alangkah baik dan bagusnya jika suka turut cari bukan caci serentak semoga lega
Ke laut ke darat, gunung ,gaung,lubuk hantu, ,gurun pasir atau terumbu karang??
Kemana menghilangnya MH370 terus jadi tandatanya pelbagai pihak dalam luar sana
Er,,sebagai penjawat awam dan hamba Allah yang berusaha ke syurga akhirat
Baik saya usaha dunia blogging sebagai landasan untuk kumpul pahala ke sana
Bukan gandakan hinaan/tuduhan dalam episod jalanan ini demi Allah selagi larat
Sekian,,,
Akhir kata maaf kalau terkasar bahasa,,,
Pilih Hidup untuk ke syurga Allah elak Neraka,,,,,
Entri tereka cipta hari ke15 MH370 hilang belum temui,,
hari ini sudah masuk episod hilang hari ke16,,,,
LikeLike
Salam duka,,salam takziah buat keluarga mangsa MH370,,
PM telah umumkan berita sedih tidak happy,bahawa HM370 telah berakhir di Selatan Lautan Hindi dekat barat Perth, Australia,,,di sidang media khas PWTC ,
LikeLike
Sehingga saat ini,,isu MH370 terus jadi misteri sebuah kehilangan pesawat ,krew dan para penumpang yang tidak pasti lokasi sebenar,,,hanya Allah lebih tahu,,,,,,
LikeLike